Friday, December 19, 2008

Minuman Smart Coco A+

Minuman bernutrisi Smart Coco A+ adalah formulasi istimewa yang berpotensi untuk meningkatkan daya ingatan, konsentrasi minda, peredaran darah serta sebagai ejen antioksida. Ianya diadun dari bahan-bahan makanan yang baik sebagai ubatan dan herba terpilih dan berkualiti seperti serbuk koko, vitamin, madu, malt, dan ginko biloba.

Serbuk Koko
Buah Koko telah dijumpai di Amazon, South Amerika beribu tahun yang lalu. Sejak itu, koko adalah makanan atau minuman berkhasiat yang telah banyak di nikmati dan disukai oleh semua peringkat umur. Koko mengandungi polyphenols & flavanols yang menjadi agen kuat kepada antioksida. Antara potensi khasiat koko adalah
  1. Mengurangkan risiko penyakit sistem peredaran dan pernafasan
  2. Meningkatkan kadar kolestrol baik HDL dari LDL
  3. Mengurangkan risiko penyakit jantung
  4. Mengurangkan risiko penyakit darah tinggi
  5. Tidur malam yang nyenyak

Vitamin & Mineral
Vitamin & mineral adalah bahan keperluan dalam badan untuk baik pulih sel-sel, tumbesaran, dan membantu fungsi organ seperti jantung, otak, buah pinggang, & organ sex. Smart Coco A+ mengandungi banyak vitamin dan mineral seperti karbohidrat, asid amino, magnesium, potassium, kalsium, sulfur, iron, fosfat, iodin, vitamin B1, B2, C, B6, B3 melalui sumber kandungan makanan yang semulajadi.

Malt
Bahan yang baik untuk fiber, mineral, protin, dan antioksida.

Madu
Madu adalah sebagai pemanis dan bahan ubatan semulajadi yang telah digunakan berkurun lamanya dan ada di sebut di dalam Al-Quran. Sejarah ada menyatakan yang madu banyak digunakan sebagai penawar di zaman silam Mesir. Antara khasiat madu adalah

  1. Menenangkan, anti-fungi, dan berkhasiat
  2. Sebagai antioksida dan baik untuk kecantikan kulit
  3. Membaik pulih tisu badan & menjaga tahap kalsium dalam badan
  4. Anti-bakteria baik untuk masalah dalaman dan luaran
  5. Meningkatkan daya ketahanan badan

Ginkgo Biloba
Ginkgo adalah spesies pokok tertua di dunia. Di Eropah & Amerika Syarikat, makanan tambahan dari ginkgo adalah bahan herba yang tertinggi jualannya termasuk di France & German. Ginkgo secara tradisional digunakan untuk mempertingkatkan daya ingatan, konsentrasi minda dan memperbaiki sistem peredaran darah di dalam badan. Ginkgo juga mengandungi 2 jenis antioksida iaitu flavanoids & terpenoids yang dapat mengurangkan atau menghalang radikal bebas dalam badan yang dipercayai menjadi penyebab penyakit seperti sakit jantung, kanser, dan penyakit alzheimer's dan lain-lain penyakit pelupa & hilang ingatan.

Smart Coco A+ adalah berkhasiat yang bukan sekadar minuman tetapi juga sebagai ubatan. Ia juga dijamin HALAL dan bersih. Dengan semua kebaikan ini, anda mesti mencuba Smart Coco A+ sekarang juga! Anda pasti menggemari keenakan rasanya.. Ianya lazat, berkhasiat & mudah disediakan.. Begitu tinggi nilainya!!.. & Anda 'Begitu Bijak!!'



Diedarkan oleh/Formulasi Ekslusif Untuk:
Fortune Resources (PG0222733-D)